Saya dikenali sebagai Vinnhaziq, nama sebenar adalah Mohamed Haziq Bin Sunan Muhdzir. Ini adalah tahun ke-3 saya bersama Investment Bank yang terkenal di Malaysia. Saya memegang 2 Lesen untuk berurusan di Pasaran Syarikat dan Pasaran Hadapan. Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Perkomputeran Perniagaan dan Diploma Sains Komputer. Bersekolah di SMK(A) Slim River.
Info peribadi, saya merupakan anak ke-2 daripada 3 adik-beradik. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel. Saya adalah anak jati Teluk Intan, dan alumni UiTM (UiTM Dihatiku).
Terima kasih kepada Allah SWT, kepada kedua ibu bapa saya, isteri saya, kepada semua guru-guru saya (Termasuk Guru Trading), tidak terkecuali rakan-rakan seperjuangan saya. Tanpa anda semua, siapalah saya. Saya di sini teguh kerana sokongan dan bimbingan daripada anda semua.
Jika anda melihat kepada gambar di atas, ini adalah bukti saya merupakan pemegang lesen Capital Markets Service. Saya mempunyai dua lesen, iaitu untuk berurusan di Pasaran Hadapan dan Pasaran Syarikat. Anda boleh semak status ini di sini -> Tekan Sini.
Saya boleh membantu anda menguruskan pembukaan akaun saham anda dan membuat transaksi jual beli.
Anda boleh membuat pertanyaan anda di sini:
Nombor: 011-1646 9846
Email: [email protected]