Margin ini erti mudahnya kita panggil sebagai 'Modal' ataupun 'Kos'.
Untuk trade produk pasaran hadapan, ada kos-kos yang anda perlu sediakan. Lain produk, lain kos nya. Jadi anda perlu tahu perkara ini terlebih dahulu. Iaitu berapa modal yang anda perlu sediakan untuk trade produk tersebut.
Sebagai Contoh, Margin untuk Trade FCPO bagi 1 Lot adalah RM7,500 (Margin as at 6 May 2025)
Ini bermaksud bahawa sepatutnya baki akaun anda mesti ada RM7,500 untuk mula execute Jual Beli FCPO ini. Sebab itu adalah kos nya yang telah ditetapkan Bursa untuk setiap 1 Lot.
Intraday Margin adalah kemudahan yang disediakan daripada Bank untuk memudahkan anda trade. Jika anda nak trade, anda boleh menyediakan separuh darupada margin awal (Initial Margin).
Kos asal RM7,500 satu Lot, kini dikurangkan menjadi RM3,750 satu Lot.
Jadi, walaupun baki akaun ada RM3,750 anda dah boleh mula execute Jual Beli FCPO. Sebab kos nya telah diberi diskaun 50% daripada kos asal. Kos ini ditawarkan oleh Bank.
Syarat Intraday Margin:
Intraday Margin hanya sah untuk posisi yang dibuka dan ditutup dalam hari yang sama.
Sebagai contoh, FCPO tutup pada jam 6 Petang. Anda perlu "clear" kan position trading anda sebelum pukul 6 Petang jika duit anda tidak cukup untuk margin yang telah ditetapkan pada asalnya, macam contoh tadi RM 7,500.
Kalau cukup, anda boleh sahaja bawa position ke "Trading Day" berikutnya. Ataupun mungkin anda boleh menambah baki margin kepada jumlah penuh.
Selain daripada 'Margin Call' @ 'Force Liquidation' position anda, anda akan dikenakan penalti. Antaranya adalah Fasiliti Intraday Margin anda akan ditarik balik. Jadi selepas ini, tiada lagi 50% diskaun untuk anda. Untuk trade, anda perlu margin 100% sahaja.
Full Margin adalah Modal asal yang telah disyaratkan sebelum anda membuat trade. Siapa yang menetapkan Modal Asal ini? Ianya akan ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan sama sahaja modalnya di kesemua broker. Dan anda perlu tahu bahawa Modal Asal ini boleh diubah mengikut ketetapan Bursa Malaysia itu sendiri.
Sebagai contoh, buat masa ini Bursa Malaysia menetapkan Modal bagi trade FCPO bersamaan dengan RM7,500 bagi satu lot (As at 6 May 2025)
Buffer adalah modal tambahan yang kita sediakan untuk tampung posisi Win Loss trading nanti.
Contoh Situasi A:
1 Lot Margin FCPO adalah RM7,500.
Anda sediakan MODAL RM7,500 dan Trade 1 Lot.
Anda tutup trading anda dengan Loss RM250.
Baki Akaun anda tinggal RM7,250.
Anda sekarang sudah TIDAK BOLEH buat trading baru kerana baki adalah di bawah Margin FCPO RM7,500.
Jika anda ingin trading semula, anda perlu topup baki atau menggunakan fasiliti 50% Margin.
Contoh Situasi B:
1 Lot Margin FCPO adalah RM7,500.
Anda sediakan MODAL RM10,000 dan trade 1 Lot.
Anda tutup trading anda dengan Loss RM250.
Baki Akaun anda tinggal RM9,750.
Anda sekarang MASIH BOLEH buat trading baru kerana baki masih di atas Margin FCPO RM7,500.
Kelebihan dia anda TAK PERLU AMBIL MASA TOPUP, dan boleh trade dengan TENANG.
Jika anda berada di situasi A, kemungkinan anda akan terlepas setup trading anda seterusnya kerana anda akan mengambil masa untuk membuat deposit dan menunggu remisier uruskan pula deposit anda. Jika anda berada di situasi B, anda masih boleh trade seperti biasa sebab duit anda masih mencukupi. Jadi, sediakanlah wang mencukupinya supaya anda tidak pening kepala di kemudian hari.
Untuk modal permulaan, anda perlu mengambil kira Buffer yang dibincangkan di atas. Saya tidak galakkan untuk trade dengan modal yang cukup-cukup dengan Margin. Anda perlu sediakan Buffer (Wang Lebihan) di dalam akaun.
Formula (Modal Permulaan = Margin + Buffer)
Berkenaan Margin, kita sudah tahu jika FCPO margin adalah RM7,500. Tapi soal Buffer? Bagaimana.
Jika anda ingin trading dengan lebih tenang supaya mengikut strategi anda, buffer yang digalakkan adalah 10x ganda purata stop loss strategi anda. Kerana ianya memberikan peluang trading kepada anda untuk (In Out) sebanyak 10 kali (Itupun jika anda Loss 10x berturut-turut).
Ambil kira pula jika Winning Rate strategi anda adalah 50%, RRR anda 20 (Risk) : 30 (Reward). Anda trade 10 Kali, Win 5 dan Loss 5.
Loss 1: -20
Loss 2: -20
Loss 3: -20
Loss 4: -20
Loss 5: -20
Win 1: +30
Win 2: +30
Win 3: +30
Win 4: +30
Win 5: +30
Nett: +50 tick
Atau worst case scenario, anda loss 10x berturut turut. Itu adalah buffer anda.
Formula (Buffer = 10 x Range Stop Loss)
Andaikan Purata Stop Loss strategi anda adalah 20 Tick. Jadi Buffer anda perlukan adalah 200 Tick (iaitu 10 darab 20)
Buffer = 200 Tick x RM25 ~ RM5,000 Buffer Tambahan anda!
Dengan situasi di atas, di bawah adalah contoh cadangan modal permulaan MINIMA untuk client yang mohon maupun tidak mohon Intraday Margin:
Full Margin
200 ticks x RM25 = RM5,000 + Full Margin RM7,500 = Modal Permulaan RM12,500
50% Half Margin
200 ticks x RM25 = RM5,000 + 50% Half Margin RM3,750 = Modal Permulaan RM8,250
Tidak Wajib, dengan margin 50% anda boleh sediakan modal seperti yang dicadangakan di atas untuk Intraday RM3,750-RM8,250. Tetapi, untuk hold ke overnight, wajib ikut peraturan Bursa sediakan duit dalam akaun RM7,500 ya!