Jika anda sedang mencari platform trading yang sesuai, artikel ini akan membantu anda membuat keputusan dengan lebih mudah. Baca panduan ini untuk memahami perbezaan antara 3 platform trading utama yang kami ulas. Setelah membaca, anda akan lebih yakin dalam memilih platform yang paling sesuai dengan keperluan anda. Selepas membuat pilihan, anda boleh terus mendalami cara penggunaan platform pilihan anda dengan lebih terperinci.
Trading Platform: Platform yang digunakan untuk melakukan Order Execution seperti Buy atau Sell. Anda akan membuat pesanan di dalam Trading Platform.
Charting Software: Perisian yang digunakan untuk melakukan kajian teknikal dan analisis carta.
Perbezaannya jelas – Trading Platform adalah untuk membuat pesanan, manakala Charting Software digunakan untuk analisis carta. Perlukah anda melanggan kedua-duanya? Jangan risau, kebanyakan Trading Platform hari ini sudah sangat canggih dan dilengkapi dengan Charting Software. Ini bermakna anda tidak perlu membayar lebih untuk mendapatkan perisian carta tersebut.
Jika anda merupakan Client Futures di RHB Investment Bank, anda boleh memilih daripada 3 platform trading utama:
1. Ayers GTS
2. QST
3. CQG
Anda hanya dibenarkan melanggan satu platform pada satu masa. Namun, jangan risau, jika anda ingin menukar platform lain, anda boleh hubungi Futures Broker Representative untuk membuat penukaran platform yang baharu.
Semestinya, setiap platform mempunyai perbezaan tersendiri. Contohnya seperti WhatsApp dan Telegram – kedua-duanya berfungsi untuk menghantar mesej, tetapi setiap platform mempunyai kelebihan tersendiri. Begitu juga dengan platform trading futures.
Untuk memilih platform yang sesuai, terdapat beberapa kriteria penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum melanggan:
Fasiliti Intraday Margin semasa sesi malam (T+1)
Cara membuat order dan keistimewaan jenis pesanan
Kemudahan Charting Software yang disediakan
Caj bulanan dan cara untuk menjadikannya 'Percuma'
Jenis peranti yang anda gunakan
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda dapat memilih platform yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Platform trading futures di RHB Investment Bank mempunyai caj langganan yang berbeza, dan pembayaran akan ditolak terus daripada baki akaun anda. Berikut adalah perinciannya:
1. Ayers (Percuma): Tidak memerlukan sebarang bayaran.
2. QST (RM68/Bulan): Caj platform akan dihapuskan jika anda berjaya trade 20 Lot terkumpul dalam sebulan.
3. CQG (RM120/Bulan): Caj platform akan dikecualikan jika anda trade 50 Lot Terkumpul dalam sedalam sebulan.
Untuk platform berbayar, anda boleh menjadikannya percuma dengan mencapai jumlah lot terkumpul yang ditetapkan.
Intraday Margin semasa sesi malam merujuk kepada modal yang diperlukan untuk mula Execute Order ketika waktu malam. Ini bermaksud anda belum mempunyai sebarang posisi sebelum ini dan baru ingin masuk ke pasaran.
Bagi pengguna Ayers GTS, perlu diambil maklum bahawa semasa sesi malam, anda perlu memastikan akaun trading anda mempunyai baki yang mencukupi untuk Full Margin sebelum boleh melakukan sebarang order.
Namun, bagi pengguna QST dan CQG, anda boleh melakukan execute order pada waktu malam walaupun hanya dengan modal Intraday Margin di dalam akaun.
Ya, terdapat perbezaan dalam cara membuat order di setiap platform. Apa yang membezakan adalah cara anda melakukan Execute Order dan proses nak tekan order tersebut.
Semua platform membolehkan anda untuk Entry dan Exit, termasuk jenis order seperti Market Order, Stop Order, Limit Order, dan Stop With Limit Order. Namun, cara untuk place the order mungkin berbeza antara satu platform dengan yang lain. Pastikan anda memahami proses setiap platform untuk memastikan pengalaman trading yang lebih lancar.
Sebelum membuat keputusan untuk melanggan platform trading, saya sediakan beberapa persoalan mudah untuk membantu anda:
Adakah anda sudah mempunyai akaun TradingView dan melanggan Live Data produk yang ingin anda trade?
Jika ya, Ayers GTS (Percuma) sudah memadai untuk anda.
Jika belum, saya mengesyorkan anda menggunakan CQG (RM120/bulan) kerana ia menawarkan fasiliti Software Charting yang lebih baik. Walaupun platform lain juga mempunyai software charting, CQG adalah lebih kemas dan intuitif berbanding Ayers dan QST dari segi charting.
Adakah anda memerlukan Demo Trading di platform?
Jika ya, QST (RM68/bulan) adalah pilihan terbaik kerana ia membolehkan anda melakukan Demo Trading untuk pelbagai produk, baik dari Bursa Malaysia mahupun luar negara. Platform QST memberikan pengalaman Demo Trading yang hampir sama dengan akaun Real Trading dan akses ini akan ada selagi anda melanggan QST. Anda juga boleh mendapatkan akses demo QST selama 30 hari tanpa perlu melanggan, tetapi akses tersebut terhad kepada versi Telefon dan Web. Jika sudah melanggan QST, anda boleh menggunakan aplikasi Desktop.
CQG juga menawarkan Demo Trading selama 2 minggu selepas pendaftaran, tetapi terhad kepada beberapa produk sahaja seperti CME Crude Oil dan tidak termasuk produk Bursa Malaysia seperti FCPO dan FKLI. Untuk dapatkan akses demo, anda tidak perlu subscribe dahulu pun tidak mengapa.
Ayers GTS juga mempunyai Demo Trading, tetapi tanpa Live Feed, yang bermaksud data Bid dan Ask tidak menggunakan data sebenar. Ini mungkin menyebabkan kekeliruan ketika menggunakan Demo Trading di Ayers, dan anda hanya akan diberikan akses selama 10 hari.
Kesimpulan: Semua platform menyediakan pilihan Demo, tetapi Ayers tidak mempunyai Live Feed, manakala platform lain seperti QST dan CQG menyediakannya. Demo Trading adalah cara yang sangat berguna untuk menyesuaikan diri dengan platform yang anda pilih untuk trading.