Selepas membuka Akaun Trading, anda boleh melakukan transaksi Beli dan Jual saham melalui Aplikasi RHB TradeSmart. Jika anda telah membuka akaun menggunakan Aplikasi RHB TradeSmart, anda boleh mengabaikan tutorial ini. Bagi yang belum mempunyai akses, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Untuk memulakan dagangan saham, lawati laman web rasmi RHB TradeSmart di: https://www.rhbtradesmart.com/prt/signup.xhtml
Di sana, anda boleh dapatkan maklumat lengkap mengenai akaun trading dan cara menggunakan aplikasi RHB TradeSmart untuk transaksi beli dan jual saham.
Pastikan anda memilih pilihan 'I have an Existing Account' dan pilih cawangan di mana akaun anda dibuka. Jika anda membuka akaun dengan saya, cawangan anda adalah di Teluk Intan.
Sila isikan maklumat peribadi anda seperti Nama, Nombor IC, dan Alamat Email dalam ruangan yang disediakan. Selain itu, cipta 'Username' dan 'Password' untuk akses ke akaun anda. Ingatlah untuk mencatat Mother's Maiden Name, kerana ia diperlukan jika anda ingin menukar password dan untuk tujuan keselamatan lain. Pastikan anda mengingat semua maklumat yang anda isikan untuk memudahkan pengurusan akaun anda.
Setelah anda 'Submit' permohonan akaun dalam talian RHB TradeSmart, tunggu email pengesahan yang akan dihantar kepada anda. Kebiasaannya, proses ini mengambil masa sekitar 1 hari bekerja. Setelah menerima email tersebut, anda boleh mula menggunakan akaun anda.
Berikut adalah beberapa cara untuk anda menggunakan platform RHB TradeSmart:
👉RHB TradeSmart Web: https://www.rhbtradesmart.com/tradesmart-web.html
👉RHB TradeSmart Mobile: https://www.rhbtradesmart.com/tradesmart-mobile-app.html
👉RHB TradeSmart Desktop: https://www.rhbtradesmart.com/tradesmart-desktop-app.html
Sila pastikan untuk membaca dan menonton tutorial yang disediakan di dalam pautan ini. Tutorial tersebut akan membantu anda memahami cara menggunakan platform dengan lebih baik dan meningkatkan pengalaman dagangan anda.